MENU

Town Hall Datuk Bandar

Sesi Town Hall Transformasi Pusat Bandar Johor Bahru telah berlangsung pada Jumaat, 25 November 2016 bertempat di Galleria Kotaraya. Sesi townhall ini yang dihoskan oleh selebriti terkenal, Afdlin Shauki telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ahli Majlis Zon Bandar, Saudara Sheikh Nafiq Alfirdaous diikuti dengan sesi taklimat dan townhall mengenai Transformasi Pusat Bandar JB oleh Datuk Bandar MBJB, Tuan Haji A. Rahim Bin Hj Nin.

Taklimat yang disampaikan oleh Datuk Bandar meliputi penerangan mengenai perancangan dan strategi MBJB, IRDA dan THINK CITY dalam usaha untuk mentransformasi Pusat Bandar JB bagi mencapai visi menjadikan Johor Bahru sebuah Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari selaras aspirasi dan agenda Kerajaan Negeri Johor iaitu Ke arah Johor Berkemajuan.

Turut hadir dalam sesi ini adalah "stake holder", pihak berkepentingan, JKP, JPP, pemain industri, peniaga, NGO dan warga Bandaraya Johor Bahru yang turut diberikan peluang untuk mengutarakan idea, pandangan dan cadangan dalam sesi dialog dan soaljawab bersama Datuk Bandar selepas sesi taklimat diadakan. MBJB menghargai dan mengambil kira semua pandangan, saranan dan idea yang diberikan. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi townhall tersebut.