Karnival Bitara Bahasa Negara dan Pertandingan Kawad Kaki Piala Datuk Bandar Johor Bahru

KARNIVAL BITARA BAHASA NEGARA & PERTANDINGAN KAWAD KAKI PIALA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU

Pada 10 Ogos 2023 (Khamis) hingga 13 Ogos 2023 (Ahad) akan berlangsung Karnival Bitara Bahasa Negara serta Pertandingan Kawad Kaki Piala Datuk Bandar Peringkat Sekolah Menengah Negeri Johor yang diadakan sempena Hari Kebangsaan, Bulan Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2023.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti pertandingan koir, pidato, seni coret (doodle), seni khat dan kawad kaki, pencarian penulis buku teks DBP, program bual bicara, majlis ilmu, persembahan hiburan, bengkel animasi dan cabutan bertuah.

Bagi Pertandingan Kawad Kaki Piala Datuk Bandar pula, 2 kategori akan dipertandingkan iaitu kategori sekolah menengah peringkat Negeri Johor serta Kadet Remaja Sekolah (KRS) & PBB Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor.

Pameran agensi penguatkuasaan turut diadakan di karnival ini.

Jom kita beramai-ramai turun ke Angsana Johor Bahru Mall hujung minggu ini dan meriahkan Karnival Bitara Bahasa Negara 2023!

Karnival Bitara

Karnival Bitara

Karnival Bitara

Karnival Bitara

Karnival Bitara