TERIMAAN BAYARAN CUKAI HARTA MBJB KINI DI JOHOR PAY

TERIMAAN BAYARAN CUKAI HARTA MBJB KINI DI JOHOR PAY

Mulai 12 September 2022 orang ramai boleh membuat bayaran cukai harta MBJB melalui JohorPay. JohorPay adalah suatu platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Kerajaan Negeri Johor bagi bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun. Perkhidmatan juga akan diperluaskan kepada pihak swasta dan pihak-pihak lain di masa akan datang. Selain cukai harta MBJB atau cukai Pihak Berkuasa Tempatan Johor, antara bayaran lain yang boleh dibuat melalui JohorPay adalah:

1. Bayaran cukai tanah

2. Bayaran hasil bukan cukai tanah

3. Bayaran lesen halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor

4. Bayaran perkhidmatan veterinar

5. Bayaran perkhidmatan perhutanan

6. Bayaran perkhidmatan bagi Badan Berkanun

johorpay