JB CAR FREE DAY! 16 JULAI 2022 (SABTU) HADAPAN PEJABAT MBJB JALAN DATO' ONN. SEMUA DIJEMPUT HADIR

JB CAR FREE DAY!

JB Car Free Day kini kembali dengan pelbagai aktiviti sesuai untuk seisi keluarga. Selain aktiviti berbasikal dan larian santai, warga bandar raya kini boleh sertai aktiviti liga kampung, memanah, 'plogging' dan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Jangan lupa untuk dapatkan 'Passport JB Car Free Day' di booth urusetia untuk melayakkan anda menyertai Cabutan Bertuah Mega Car Free Day pada hujung tahun ini dengan hadiah utama sebuah motosikal dan road bike. Jom kita beramai-ramai turun di hadapan Pejabat MBJB Jalan Dato' Onn pada Sabtu ini, 16 Julai 2022, bermula jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Jumpa di sana!

img