Notis Pemberitahuan : Pemasangan Bendera Negeri Johor dan Bendera Daerah Johor Bahru di hadapan Premis Perniagaan Serta Merta Sehingga 6 April 2023

SILA AMBIL PERHATIAN, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada Khamis 23 Mac 2023, semua peniaga diminta memasang bendera Negeri Johor dan Daerah Johor Bahru dihadapan premis perniagaan masing-masing serta merta sehingga 6 April 2023. Cara pemasangan bendera adalah seperti di bawah ini.

Sehubungan itu, diminta agar tuan/puan memberikan kerjasama dengan memasang bendera tersebut dengan kadar SEGERA serta berpandukan pada peraturan pemasangan bendera yang dikeluarkan. Peraturan ini boleh dirujuk melalui Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-Daerah Johor) yang boleh dimuat turun melalui pautan:

https://www.johor.gov.my/.../Pekeliling-Am-Johor-Bilangan...

Notis Pemberitahuan Pemasangan Bendera