MBJB TERIMA ANUGERAH DI LEADERSHIP IN SUSTAINABILITY AWARDS 2020

MBJB TERIMA ANUGERAH DI LEADERSHIP IN SUSTAINABILITY AWARDS 2020

JOHOR BAHRU, 19 Ogos 2020 - Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) diiktiraf sebagai pemenang kategori 'Best New Green Institutional Building' dalam Leadership in Sustainability Awards 2020 anjuran Malaysia Green Building Council pada 15 Ogos lalu.

Dengan kemenangan ini Menara MBJB terpilih untuk mewakili Malaysia ke World Green Building Council Asia Pacific Network Awards 2020 (World GBC APN) bagi kategori Leadership in Sustainable Design And Performance.

Turut menerima 'Honourable Mention' adalah program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge, anjuran MBJB dengan kerjasama IRDA, bagi kategori Special Awards on Sustainable Development Goals; dan Johor Bahru Low Carbon Action Plan 2025 bagi kategori Best Green Research.

Majlis anugerah ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf organisasi yang mengamalkan amalan hijau dan 'Green Building Index' serta menerapkan elemen Low Carbon Society setiap program dan perancangan pembangunan.

img

img

img

img