TAHNIAH TEAM MBJB MEMENANGI ACARA MENEMBAK JATUH PIRING ANTARA JABATAN

TEAM MBJB MEMENANGI ACARA MENEMBAK JATUH PIRING ANTARA JABATAN

Team MBJB memenangi Acara Menembak Jatuh Piring Antara Jabatan anjuran Rejimen 501 Askar Wataniah bersempena Latihan Kem Tahunan Rejimen 501 Askar Wataniah di Lapang Sasar Menembak, Kem Ulu Tiram, pada 26 September lalu.

Team MBJB yang diwakili oleh Mohd Yazid Ali, Mohd Arshad Johari, Muhamad Amir Hassan dan Mohd Ezwad Ismail dari Bahagian Keselamatan MBJB itu telah memenangi tempat pertama dalam kategori acara jemputan yang turut disertai agensi kerajaan lain.

Tahniah diucapkan.

img

img