Skip to main content

Sesi Taklimat MyADUAN JOHOR Bersama Exco Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dan Ahli-Ahli Majlis The Greater JB

13 Oktober 2026 | Menara MBJB
Sesi Taklimat MyADUAN Johor bersama Ahli-ahli Majlis The Greater JB telah diadakan dengan penglibatan empat pihak berkuasa tempatan (PBT), iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).
Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Sr. Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru serta pegawai-pegawai daripada PBT di bawah The Greater JB.
Taklimat ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai pelaksanaan MyADUAN Johor sebagai platform pengurusan aduan awam yang merangkumi enam kategori utama, iaitu jalan dan perabot jalan, lampu jalan dan lampu isyarat, sampah dan pembersihan awam, saliran dan perparitan, pokok dan landskap serta gangguan haiwan.
Melalui penyelarasan dan kerjasama bersepadu antara PBT, pengurusan aduan diharap dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, responsif dan telus, sekali gus memastikan setiap aduan diberi perhatian serta tindakan sewajarnya demi kesejahteraan masyarakat.
Image
Taklimat MyADUAN JOHOR
Image
Taklimat MyADUAN JOHOR
Image
Taklimat MyADUAN JOHOR
Image
Taklimat MyADUAN JOHOR