JOHOR BAHRU, 2 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima kunjungan delegasi Program Kursus Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Modul Certified Public Sector Sustainability Consultant (CPS-SC) anjuran bersama Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) dan Sunway Business School.
Delegasi seramai 38 peserta ini telah diberi perkongsian berkaitan inisiatif bandar pintar dan digitalisasi MBJB serta aspek kelestarian dalam pengurusan dan pembangunan bandar, selain fungsi Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC).
Sesi penerangan telah disampaikan oleh Puan Norbaizura Md Zin, Ketua Unit Bandar Pintar MBJB dan Encik Mokhzani bin Mislan, Pengarah Teknologi Maklumat MBJB.
Lawatan ini menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik MBJB dalam pelaksanaan bandar pintar, transformasi digital serta usaha ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan.
Image
Image
Image
Image