Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Johor dan Peringkat Daerah Johor Bahru 1448H/2026M

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah melakar tiga kejayaan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Johor dan Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1448H/2026M yang telah berlangsung pada 24 Ogos 2026.
 
 JOHAN – Kategori Badan Kerajaan Peringkat Negeri Johor
 JOHAN – Kategori Penyertaan Teramai Peringkat Negeri Johor
 JOHAN – Kategori Sepanduk Terbaik Peringkat Daerah Johor Bahru
 
Kejayaan ini menjadi manifestasi komitmen, disiplin, kesepaduan dan semangat kebersamaan seluruh warga MBJB dalam menjayakan sambutan penuh bermakna yang berteraskan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Bertemakan “Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar sebuah perarakan, bahkan menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, menghayati sirah dan sunnah Baginda serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
 
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja MBJB, kontinjen serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama terbaik sehingga kejayaan ini berjaya direalisasikan.
 
 
Image
Maulidur Rasul
Image
Maulidur Rasul
Image
Maulidur Rasul
Image
Maulidur Rasul