Skip to main content

Taklimat Kesedaran Polisi Integriti Majlis Bandaraya Johor Bahru Siri 01/2026

Selasa, 18 Ogos 2026 | Menara MBJB, Johor Bahru
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melalui Unit Integriti dan Pemodenan Pentadbiran (UIPP) telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Polisi Integriti Majlis Bandaraya Johor Bahru Siri 01/2026 kepada seluruh warga kerja MBJB.
Taklimat ini memberi fokus kepada tiga (3) polisi, iaitu:
- Polisi Antirasuah, Integriti dan Governans MBJB
- Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing) MBJB
- Polisi Etika Penggunaan Media Sosial MBJB
Polisi-polisi ini merupakan antara dokumen penting dalam usaha MBJB ke arah pensijilan MS ISO 3700 Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR), di samping menjadi panduan kepada seluruh warga kerja dalam membudayakan nilai integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
Seluruh warga kerja MBJB perlu memahami dan menghayati setiap polisi yang telah ditetapkan. Polisi ini bukan sekadar dokumen bagi memenuhi keperluan pensijilan, sebaliknya perlu dijadikan penduan, pegangan dan amalan dalam melaksanakan tugas serta amanah seharian.
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamad Khairulanuar bin Esa, Pengarah Integriti dan Pemodenan Pentadbiran MBJB, yang turut memberikan penerangan mengenai kepentingan pematuhan serta penghayatan polisi integriti dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti di MBJB.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja MBJB atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang taklimat berlangsung.
"Integriti Diperkasa, Amanah Terpelihara"
Image
Taklimat Integriti
Image
Taklimat Integriti
Image
Taklimat Integriti
Image
Taklimat Integriti