Skip to main content

Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) Siri 3 bagi Kajian Johor Bahru City Voluntary Review (VLR) - Hotel Opero, Southkey, Johor Bahru

Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) siri 3 bagi Kajian Johor Bahru City Voluntary Review (VLR), Sustainable Development Goals (SDG) telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Tuan Mohd Hafiz Bin Aliman, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru yang juga sebagai wakil rasmi YB Datuk Bandar.
 
Sesi ini menghimpunkan pelbagai wakil agensi Kerajaan Negeri & Perseketuan, Ketua-Ketua Jabatan MBJB, Ahli-Ahli Majlis MBJB dan rakan-rakan strategik bertujuan mendapatkan input, pandangan serta maklumbalas secara profesional dan konstruktif dalam memuktamadkan kajian Johor Bahru City Voluntary Review (VLR)
 
Voluntary Local Review (VLR) yang dijalankan ini bukan sekadar sebuah laporan, tetapi ia perlu dilihat sebagai satu instrumen penting untuk kita menilai kedudukan semasa bandar, mengenalpasti cabaran dan jurang yang masih wujud serta menentukan ruang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian.VLR juga memberi peluang kepada MBJB untuk menilai sejauh mana agenda SDG telah diterjemahkan melalui dalam dasar, perancangan, program dan penyampaian perkhidmatan di peringkat tempatan.
 
Diharap penyediaan VLR ini membolehkan MBJB memperkukuh pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat Bandaraya Johor Bahru selaras dengan visi MBJB sebagai sebuah bandaraya bertaraf Antarabangsa, Berdaya Huni dan Berbudaya menjelang tahun 2030.
 
Image
Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) Siri 3
Image
Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) Siri 3
Image
Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) Siri 3
Image
Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) Siri 3