Khamis, 25 Jun 2026 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 4 orang Pegawai dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang diketuai oleh YBrs Encik Rudzaimeir Bin Malek iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi Lawatan Penanda Aras Dewan Bandaraya Kuching Utara ke Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Delegasi dari DBKU ini telah disambut oleh Yang dihormati Dr. Choo Kok Wah iaitu Penolong Pengarah Bandar Pintar MBJB bersama-sama dengan para anggota dari Jabatan yang sama. Dalam sesi lawatan ini, delegasi telah diberikan taklimat berkenaan Fungsi yang terdapat di JBIOCC. Para delegasi juga tidak lepaskan peluang untuk membuat lawatan di sekitar Menara MBJB.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini dan berkunjung ke MBJB. Semoga kerjasama dan ikatan yang erat dapat dipupuk antara Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Image
Image
Image
Image