Skip to main content

Sekitar Pelelongan Sisa Kenderaan Sitaan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Johor Bahru Bilangan 2 Tahun 2026

22 Jun 2026 | Menara MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah melaksanakan Acara Pelelongan Kenderaan Bilangan 2 Tahun 2026, yang juga merupakan pelelongan kali ke-29 anjuran MBJB.
 
Acara pelelongan ini melibatkan kenderaan rampasan/sitaan hasil tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 46(1)(g), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
 
Sebanyak 873 kenderaan sitaan penguatkuasaan telah disenaraikan, merangkumi pelbagai jenis dan jenama seperti Perodua, Hyundai, Mercedes-Benz dan lain-lain. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 87 lot kenderaan telah ditawarkan untuk pelelongan.
Acara ini telah mendapat sambutan dengan kehadiran 58 orang pembida berdaftar yang mengambil bahagian secara sah dalam proses bidaan. Bidaan tertinggi yang direkodkan bagi satu (1) lot kenderaan adalah sebanyak RM13,000.00.
 
Keseluruhan proses pelelongan telah berlangsung dengan teratur, telus dan mematuhi prosedur yang ditetapkan, serta berakhir sekitar jam 10.45 pagi.
 
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan MBJB dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan aset sitaan secara sistematik, di samping memastikan pematuhan undang-undang serta kesejahteraan bandaraya sentiasa terpelihara.
Image
Pelelongan
Image
Pelelongan
Image
Pelelongan
Image
Pelelongan