Skip to main content

Bantuan Kasih Johor 2026 - Inisiatif 4 - Penjaja dan Peniaga Kecil Berdaftar PBT

Johor terus melakar kejayaan apabila sehingga 30 April 2026, hasil negeri telah mencecah RM1 bilion, mencatatkan peningkatan sebanyak RM307 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pencapaian ini mencerminkan kekuatan ekonomi negeri serta keberkesanan tadbir urus yang progresif dan mampan.
 
Seiring dengan peningkatan ini, Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor komited memastikan hasil yang diperoleh dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang inklusif dan menyeluruh.
Antara usaha yang dilaksanakan adalah Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4, yang diperluaskan khusus kepada golongan penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
 
Inisiatif ini merupakan manifestasi jelas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban kos sara hidup dan kos pengoperasian yang dihadapi oleh golongan peniaga kecil. Melalui pelaksanaan ini, bantuan tunai sebanyak RM300 secara one-off akan disalurkan kepada penerima yang layak, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Secara keseluruhan, seramai 3,420 penerima telah dikenal pasti melibatkan lapan (Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu:
 
Tiram (590)
Puteri Wangsa (112)
Johor Jaya (615)
Permas (70)
Larkin (1,625)
Stulang (79)
Perling (212)
Kempas (117)
 
Bagi memastikan kelancaran proses penyerahan, sebanyak 11 kaunter telah disediakan dengan waktu operasi bermula dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang sepanjang tempoh dua (2) hari pelaksanaan.
 
Kerajaan Negeri Johor akan terus komited memperkukuh agenda pembangunan yang berteraskan kesejahteraan rakyat, agar setiap hasil yang dijana dapat diterjemahkan kepada manfaat yang menyeluruh dan dirasai oleh seluruh Bangsa Johor.
“Johor Maju, Rakyat Sejahtera.”
 
Image
Bantuan Kasih Johor 2026
Image
Bantuan Kasih Johor 2026
Image
Bantuan Kasih Johor 2026
Image
Bantuan Kasih Johor 2026