Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terus memperkukuh komitmen dalam memerangi rasuah menerusi pelaksanaan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai simbol iltizam bersama untuk menolak sebarang bentuk salah laku dan memperkasakan budaya kerja berintegriti.
Dalam amanat yang sarat dengan nilai integriti dan akauntabiliti, YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru bersama YBRS PKPJ Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor menegaskan kepentingan membina sistem penyampaian perkhidmatan awam yang telus, amanah dan bebas rasuah.
Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Ahli-Ahli Majlis MBJB, barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga kerja MBJB yang bersama-sama mengangkat ikrar sebagai manifestasi komitmen berterusan ke arah tadbir urus yang cemerlang.
