Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Ke Pejabat Datuk Bandar Johor Bahru

Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkukuh dan mempererat hubungan strategik antara SPRM Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Pertemuan tersebut turut membincangkan aspek pembangunan Bandar Raya Johor Bahru, isu-isu rasuah serta hala tuju kerjasama antara kedua-dua pihak.
Dalam sesi berkenaan, kedua-dua pihak turut menyentuh perancangan pelaksanaan program bersama sepanjang tahun ini, yang akan dimulakan dengan penganjuran Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) MBJB dengan kerjasama SPRM pada 23 April.
MBJB menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama bersama SPRM dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa hingga ke peringkat akar umbi, selaras dengan slogan SPRM, “Berani dan Radikal Perangi Rasuah”.
Image
Kunjungan Hormat Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)
Image
Kunjungan Hormat Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)