Rabu, 08 April 2026 | Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru
Majlis Bandaraya Johor Bahru bersama Iskandar Regional Development Authority (IRDA) telah menerima kunjungan dari Majlis Bandaraya Miri pada hari ini.
Delegasi Majlis Bandaraya Miri yang disertai oleh Yang Berhormat Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri bersama dengan pegawai tertinggi dan Ahli Majlis Bandaraya Miri memulakan sesi lawatan di CSTP Sungai Segget dan telah diberikan taklimat oleh Puan Ts. Nabilah Imran, Eksekutif Rawatan di Indah Water Konsortium Johor Bahru. Sesi lawatan diteruskan lagi di lokasi kedua iaitu di Sudut Lestari, Perpustakaan Sultan Ismail dan telah disambut oleh YM. Tengku Tarmizi bin Tengku Aziz, Pustakawan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Delegasi Miri telah diberikan taklimat berkenaan gaya hidup mesra alam disamping cara pemeliharaan alam sekitar yang diamalkan di Bandaraya Johor Bahru.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi dari Majlis Bandaraya Miri dan semoga kerjasama dan ikatan yang erat dapat memberi sejuta manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Image
Image
Image
Image