Skip to main content

Memeterai Kerjasama Strategik Demi Alam & Komuniti

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan penuh komitmen telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) dalam usaha memperkukuh kerjasama ke arah kelestarian alam sekitar serta pembangunan komuniti yang lebih mampan.
Melalui kerjasama ini, pelbagai inisiatif bakal dilaksanakan, antaranya:
 
  •  Penyediaan lokasi program di TMIYC bagi aktiviti pendidikan & komuniti
  •  Pameran serta demonstrasi berkaitan amalan kitar semula
  •  Sokongan logistik dan peralatan bagi kelancaran program
  •  Penglibatan dalam Program Pengindahan Sungai Ayer Molek termasuk inisiatif “Menuang Air Beras”
  •  Penyertaan aktif pelajar, guru dan warga SIGS dalam program kesukarelawan & kemasyarakatan MBJB
  •  Pemantauan dan laporan berkala bagi memastikan impak program yang berterusan
Kerjasama ini bukan sekadar satu perjanjian, tetapi satu komitmen bersama dalam memupuk kesedaran, membentuk generasi prihatin serta memperkasa usaha pemeliharaan alam sekitar di Johor Bahru.
 
Dengan semangat muafakat dan hubungan erat antara kedua-dua pihak, segala perancangan akan dilaksanakan secara profesional, telus dan harmoni demi manfaat bersama. Bersama kita melakar perubahan, memelihara alam, dan membina masa depan yang lebih lestari!
 
Image
Memeterai Kerjasama Strategik
Image
Memeterai Kerjasama Strategik