Skip to main content

Agihan Pek Iftar Ramadan 2026 : Menyantuni Golongan Memerlukan

Program Pek Iftar Ramadan 2026 dilaksanakan dengan pengagihan kepada 30 masjid terpilih pada 27 Februari, 6 Mac dan 13 Mac 2026 sebagai inisiatif menyantuni golongan memerlukan dalam menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd. Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru yang turun padang mengedarkan Pek Iftar di Surau Pangsapuri Desa Jaya, selain penglibatan Ahli-Ahli Majlis MBJB di masjid dan surau yang terlibat.
Hari ini merupakan agihan pertama melibatkan 10 lokasi iaitu:
1. Masjid Jamek Desa Cemerlang
2. Masjid Bandar Ulu Tiram
3. Surau Austin Perdana
4. Surau Taman Skudai Kanan
5. Surau Pangsapuri Desa Jaya
6. Masjid Taman Mega Ria
7. Masjid Taman Rinting
8. Masjid Al Masyhur Lurah Kempas
9. Masjid Jamek Kg Sungai Danga
10. Masjid Stulang Laut
Semoga usaha murni ini dapat meringankan beban serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat sepanjang Ramadan.

Pek Iftar  Pek Iftar