Selasa, 24 Februari 2026 | Bazar Ramadan Taman Dahlia
YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama YBhg Dato' Haji Abd Rashid bin Kasman, Ahli Majlis MBJB (Zon Kempas), hari ini telah mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Taman Dahlia.
Lawatan ini diadakan bagi memantau aspek kebersihan, keselamatan serta penyusunan tapak bazar agar persekitaran yang kondusif dan selesa dapat dinikmati oleh para peniaga serta pengunjung sepanjang bulan Ramadan.
Semoga pengoperasian Bazar Ramadan Taman Dahlia terus berjalan lancar sekaligus memberi manfaat kepada seluruh warga bandar raya serta menyemarakkan kemeriahan Ramadan di Johor Bahru.
Image
Image
Image
Image