Skip to main content

Sekitar Program Majlis Tahlil dan Doa Selamat Anjuran Alumni MBJB

Majlis yang sarat dengan nilai kesyukuran dan penghargaan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, sekali gus menghimpunkan warga pesara Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Insan-insan hebat yang pernah mencurahkan bakti, keringat dan dedikasi tanpa jemu dalam membentuk Johor Bahru sebagai sebuah bandaraya berdaya huni, berwibawa dan berteraskan nilai kebersamaan. Perhimpunan bermakna ini menjadi lambang penghormatan terhadap jasa lalu, mengeratkan ukhuwah yang berpanjangan serta menyatukan kesinambungan silaturahim antara generasi terdahulu dan generasi baharu keluarga besar MBJB.
 

 majlis= 

 majlis tahlil doa selamat