08 Februari 2026 | Sekitar suasana ceria sekitar JB Car Free Morning.
Pagi minggu yang penuh semangat menyinari JB Car Free Morning apabila ramai warga kota membanjiri jalanan dalam suasana ceria, sihat dan harmoni. Gelak tawa, langkah kecergasan dan semangat kebersamaan menjadikan pagi ini begitu bermakna untuk Johor Bahru yang lebih lestari.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama YBhg. Dato’ Haji A. Aziz bin Ahmad, Ketua WHIP MBJB, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB serta barisan Ahli-Ahli Majlis MBJB dengan penglibatan memberangsangkan seramai 850 orang peserta.
Bersama kita jayakan gaya hidup aktif, bandar mesra rakyat dan Johor Bahru yang lebih berdaya huni.
