Skip to main content

Lawatan Sambil Belajar Delegasi UiTM Johor Bahru Kampus Pasir Gudang Ke JBIOCC MBJB

12 Januari 2026 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 16 orang pensyarah dan 15 orang pelajar Tahun 2 Fakulti Kejuruteraan Awam dari UiTM Pasir Gudang yang diketuai oleh Yang Berbahagia Ts. Dr. Mohd Amran bin Hasbullah selaku Ketua Pusat Pengajian Fakulti Kejuruteraan Awam ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi Lawatan Sambil Belajar Uitm Pasir Gudang ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Delegasi dari UiTM telah disambut oleh Komander JBIOCC iaitu Encik Ts. Gs. Ir. Dr. Choo Kok Wah dan para pegawai dari Jabatan yang lain. Dalam sesi lawatan ini, delegasi lawatan telah diberikan taklimat berkenaan fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di JBIOCC serta berkongsi berkenaan visi & misi MBJB setelah berjaya merangkul Anugerah Leading Smart Cities Award Tahap 3. Delegasi juga tidak ketinggalan melawat sekitar ke JBIOCC dan melihat sendiri fasiliti yang terdapat di dalamnya.
Terima kasih diucapkan kepada Delegasi UiTM Pasir Gudang kerana telah memilih Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai destinasi pilihan bagi membuat lawatan. Semoga ukhuwah yang dibina dapat memberikan kerjasama yang erat antara dua buah pihak.
Image
JBIOCC
Image
JBIOCC
Image
JBIOCC
Image
JBIOCC