Skip to main content

Program FIT MBJB - Renang Komuniti Inklusif Pusat Akuatik MBJB, Arena Larkin Johor

Persatuan Renang Para Johor (PREPJ) merupakan rakan strategik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menganjurkan di Pusat Akuatik MBJB, Arena Larkin. Johor yang disertai oleh kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 6 tahun hingga 15 tahun.
 
Program yang berlangsung bermula pada 6 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026 selama 10 sesi pembelajaran ini memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai teknik asas renang iaitu teknik pernafasan, asas terapung , kaedah pergerakan dalam air dan keselamatan air .Peserta turut mengikuti kelas asas pertolongan cemas dan CPR yang memberi kemahiran penting dalam menghadapi insiden lemas atau kecemasan pernafasan.
 
Majlis perasmian penutupan serta penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan disempurnakan oleh Puan Fadzlina Binti Abdul Malek, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan diiringi oleh Encik Low Kar Jun, Timbalan Presiden Persatuan Renang Para Johor.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru memilih Persatuan Renang Para Johor sebagai rakan strategik bagi menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang dihasratkan.
Image
Program Fit MBJB
Image
Program Fit MBJB
Image
Program Fit MBJB
Image
Program Fit MBJB