Jumaat, 9 Januari 2026 | YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama Ahli-Ahli Majlis dan warga kerja MBJB telah hadir menghulurkan sumbangan bungkusan makanan 'Infaq Jumaat Edisi Khas' di 32 buah masjid sekitar kawasan MBJB sempena sambutan Ulang Tahun Perisytiharan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ke-32.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MBJB untuk memperkukuh hubungan komuniti, di samping menyemai nilai keprihatinan dan semangat kebersamaan antara MBJB dan komuniti setempat.
MBJB akan terus komited melaksanakan program berteraskan kebajikan dan kemasyarakatan selari dengan aspirasi membina bandar raya yang berdaya huni dan inklusif.
Image
Image