Skip to main content

JB Neon Run X Boom+ X Route Kucing Krew 2025 - 27 Disember 2025

27 Disember 2025 | Dataran Bandaraya Johor Bahru
 
Program JB Neon Run x Boom+ 2025 telah berjaya dianjurkan pada 27 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru dengan penyertaan hampir 2,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
 
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama Boom+ dan Route Kucing Crew (RKC) serta disokong oleh rakan kolaborasi iaitu SWM Environment, Wellness HUB HSA, Columbia Asia Iskandar Puteri, JLG, Kahf, Garmin, WQPark dan Extrajoss.
 
Penganjuran larian malam sejauh 11KM ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memperkukuh penglibatan komuniti serta menghidupkan suasana malam bandar raya Johor Bahru melalui pendekatan program rekreasi berimpak tinggi. Program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
 

JB Neon