Skip to main content

Lawatan Rasmi Delegasi Kementerian Digital Malaysia Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

13 November 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
 
Delegasi Kementerian Digital Malaysia dan Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tuan Ir. Wan Murdani bin Wan Mohamad iaitu Naib Presiden Bahagian Penerimagunaan Digital (Digital Adoption) ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi Lawatan Rasmi Delegasi Kementerian Digital Malaysia/MDEC ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) Majlis Bandaraya Johor Bahru.
 
Delegasi dari MDEC yang juga hadir bagi pihak Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia telah disambut oleh Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan iaitu Setiausaha MBJB mewakili Datuk Bandar Johor Bahru bersama-sama dengan para Ketua Jabatan MBJB. Dalam sesi lawatan ini, delegasi lawatan telah diberikan taklimat berkenaan fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di JBIOCC serta berkongsi berkenaan visi dan misi MBJB setelah berjaya merangkul Anugerah Leading Smart Cities Award Tahap 3 yang telah disampaikan oleh En. Ts. Gs. Ir. Dr. Choo Kok Wah, Komander JBIOCC serta mendengar taklimat berkenaan Agenda Smart City di Johor Bahru yang telah disampaikan oleh Puan Norbaizura binti Md Zin iaitu Ketua Penolong Pengarah Perancangan Pembangunan MBJB.
 
Terima kasih diucapkan kepada Delegasi dari Kementerian Digital Malaysia/MDEC kerana telah memilih Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai destinasi pilihan bagi membuat lawatan. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara MBJB dan pihak pihak Kementerian Digital Malaysia khususnya dalam membangunkan Smart City dan Era Digital di kawasan Johor Bahru.
 
Image
Lawatan Rasmi Delegasi Kementerian Digital Malaysia
Image
Lawatan Rasmi Delegasi Kementerian Digital Malaysia
Image
Lawatan Rasmi Delegasi Kementerian Digital Malaysia
Image
Lawatan Rasmi Delegasi Kementerian Digital Malaysia