29 Oktober 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 60 orang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Bersama Kerajaan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Shahir bin Shaari iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Gaji & Elaun JPA ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi Lawatan Teknikal JPA dan MBK ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Delegasi dari JPA telah disambut oleh Tuan Haji Harulisam bin Ismail iaitu Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBJB bersama-sama dengan Komander JBIOCC iaitu Encik Ts. Gs. Ir. Dr. Choo Kok Wah dan warga kerja MBJB.
Dalam sesi lawatan ini, taklimat mengenai fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di JBIOCC serta berkongsi berkenaan visi & misi MBJB setelah berjaya merangkul Anugerah Leading Smart Cities Award Tahap 3. Delegasi JPA dan MBK juga tidak ketinggalan melawat sekitar ke JBIOCC dan melihat sendiri fasiliti yang terdapat di dalamnya.
Terima kasih diucapkan kepada Delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Bersama Kerajaan kerana telah memilih Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai destinasi pilihan bagi membuat lawatan. Semoga ukhuwah yang dibina dapat memberikan kerjasama yang erat antara dua buah entiti kerajaan.
Image
          
Image
          
Image
          
Image