Alhamdulillah, Majlis Perasmian Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Majlis Bandaraya Johor Bahru mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) atas penganjuran program yang begitu cemerlang dan berjaya menghimpunkan pelbagai agensi, usahawan serta pemain industri di bawah satu platform perniagaan yang berimpak tinggi.
Terima kasih juga kepada semua pengunjung dan rakan kolaborasi yang turut menjayakan JBSE 2025.
Jangan lupa hadir pada 26 Oktober 2025 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, bagi menikmati pelbagai pameran, peluang dan padanan perniagaan serta jualan produk usahawan tempatan.
Image
Image
Image
Image