Skip to main content

Kursus “Guide Hebat, Pelancong Melekat” Perkasa Peranan Pemandu Pelancong Bandaraya Johor Bahru

16 Oktober 2025 | Menara MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menganjurkan Kursus “Guide Hebat, Pelancong Melekat” sebagai inisiatif memperkukuh keupayaan dan profesionalisme pemandu pelancong dalam menyemarakkan industri pelancongan bandaraya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru yang dalam ucapannya menekankan kepentingan peranan pemandu pelancong sebagai duta kecil bandar raya dalam memberikan imej terbaik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
 
Kehadiran Yang Berbahagia Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Rekreasi LA21 MBJB turut menyerikan majlis ini yang menghimpunkan seramai 250 orang peserta terdiri daripada pemandu pelancong berdaftar dan penggiat industri pelancongan.
 
Program ini juga telah dijayakan dengan kolaborasi bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan sebagai rakan strategik yang bersama-sama memainkan peranan penting dalam memperkukuh jaringan industri pelancongan serta memperhebat promosi destinasi menarik di Johor Bahru.
 
Penganjuran kursus ini merupakan salah satu usaha strategik MBJB dalam mempersiapkan warga industri pelancongan menghadapi Tahun Melawat Johor 2026 ke arah menjadikan Johor Bahru sebagai Destinasi Pilihan Utama Pelancongan Antarabangsa.
 
Image
Guide Hebat Pelancong Melekat
Image
Guide Hebat Pelancong Melekat
Image
Guide Hebat Pelancong Melekat
Image
Guide Hebat Pelancong Melekat