14 Oktober 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 7 pensyarah dan 26 orang pelajar dari Institut Kemahiran Mara Johor Bahru yang diketuai oleh Tuan Razali bin Haji Abu Bakar iaitu pensyarah IKMJB telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi Lawatan Sambil Belajar Institut Kemahiran MARA Johor Bahru ke Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini.
Dalam sesi lawatan ini Tuan Haji Abd Aziz bin Ithnin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBJB telah memberi perkongsian berkenaan sejarah Johor Bahru serta menyampaikan taklimat Korporat MBJB. Delegasi IKM JB kemudiannya menerima taklimat berkenaan Pengurusan Aset dan Stor yang diamalkan di MBJB dan kemudian dibawa melawat ke JBIOCC dan telah menerima pendedahan tentang teknologi kamera litar tertutup _Artificial Intelligent_(AI) yang digunakan oleh JBIOCC beserta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalamnya.
Terima kasih diucapkan kepada IKM JB dan kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini dan berkunjung ke MBJB. Semoga kerjasama dan ikatan dapat dipupuk antara dua belah pihak khususnya di antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Institusi Pendidikan.
Image

Image
