Skip to main content

Mesyuarat Penuh MBJB Bil 9/2025

 
01 Oktober 2025 I Dewan Inai Merah, Menara MBJB
 
Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Johor Bahru Bil.9/2025 telah berlangsung pagi ini di Dewan Inai Merah, Menara MBJB, dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
 
Di awal ucapan Datuk Bandar telah merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh Team MBJB di atas penerimaan anugerah Tempat Pertama Johor Smart City Award, kategori Best Smart City Initiative Badan Kerajaan melalui sistem aplikasi Pengurusan Insiden ‘JBIOCC Operations’. Pada masa yang sama, MBJB juga menerima Anugerah Khas Urban Leadership Peringkat Negeri Johor 2025 yang telah dianugerahkan kepada Datuk Bandar.
 
MBJB turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Clean Land bagi kategori Big City dalam Program 6th ASEAN Environmentally Sustainable Cities (ESC) and 5th Certificates of Recognition (COR) Ceremony yang berlangsung di Langkawi pada 3 September 2025. Menurut Datuk Bandar, teknologi pintar dan pengiktirafan ini bukanlah sekadar untuk dibanggakan, tetapi yang lebih utama adalah bagaimana MBJB menggunakan teknologi tersebut untuk menyelesaikan masalah rakyat serta meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan.
 
Datuk Bandar turut memaklumkan persediaan MBJB menghadapi Monsun Timur Laut yang diramal akan bermula pada 30 September 2025. MBJB telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir dan kecemasan lain di kawasan bandar raya Johor Bahru. Pelbagai kekuatan tambahan telah digerakkan melibatkan beberapa jabatan MBJB seperti Skuad Kilat, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Tindakan Cepat serta Unit Tindakan Landskap yang akan bertindak segera dalam memberi bantuan.
 
Dalam pada itu, Datuk Bandar turut memaklumkan bahawa pembaharuan lesen perniagaan dan iklan bagi tahun 2026 telah bermula pada 1 Oktober dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2025 tanpa penalti. Manakala pembaharuan lesen secara date to date tetap diteruskan seperti biasa setiap hari. Para pemilik perniagaan dinasihatkan agar segera memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dikenakan.
Image
Mesyuarat Penuh Bil 5 2025
Image
Mesyuarat Penuh Bil 5 2025
Image
Mesyuarat Penuh Bil 5 2025
Image
Mesyuarat Penuh Bil 5 2025