27 September 2025 | Dataran Bandaraya Johor Bahru
Johor Bahru malam tadi bersinar dengan cahaya dan semangat luar biasa! Lebih 600 peserta dan pengunjung membanjiri Dataran Bandaraya, menikmati lari santai, muzik, riadah serta persembahan seni dalam suasana penuh meriah dan warna-warni.
Kehadiran YB Mohd Hairi Mad Shah, Exco Belia dan Sukan Negeri Johor bersama YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, turut menyerikan lagi majlis penuh bermakna ini.
Larian santai kanak-kanak melalui penyertaan Kampus Cilik memberi warna tambahan, memperlihatkan keceriaan generasi muda yang berlari penuh semangat dalam suasana neon yang indah.
Penampilan istimewa daripada Pesaka Johor Bahru melalui persembahan silat menambahkan keunikan, mengangkat warisan seni bangsa dalam suasana moden yang bercahaya neon.
Terima kasih kepada semua peserta, pengunjung dan rakan penganjur yang menjadikan acara ini begitu meriah, bermakna dan meninggalkan kenangan indah.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam siri JB Neon seterusnya yang pasti lebih hebat dan mengujakan!
Image

Image

Image

Image
