Skip to main content

Program Hari Cuci Malaysia 2025 - MBJB

27 September 2025 | Zon Larkin Johor Bahru
 
Program Hari Cuci Malaysia 2025 peringkat MBJB telah berlangsung dengan penuh semangat gotong-royong dan penyertaan komuniti. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, bersama barisan Ahli-Ahli Majlis, Polis Diraja Malaysia, Komuniti Zon Larkin serta seluruh warga kerja MBJB.
 
Program ini turut mendapat sambutan daripada orang awam yang berganding bahu melaksanakan kerja-kerja kebersihan seperti mencuci kawasan, mengutip dan mengangkat sampah serta pembersihan fasiliti awam.
 
MBJB turut serta dalam Hari Cuci Malaysia 2025 yang disambut di seluruh negara dengan melaksanakan Gotong-Royong Mega bersempena Hari Pembersihan Sedunia (World Clean Up Day).
 
Semangat kebersamaan ini bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan, malah memperkukuh imej Johor Bahru sebagai Bandaraya Bersih, Indah dan Lestari.
 
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini!
 
Image
Hari Cuci Malaysia 2025
Image
Hari Cuci Malaysia 2025
Image
Hari Cuci Malaysia 2025
Image
Hari Cuci Malaysia 2025