Skip to main content

Program Pembudayaan Al-Quran & MBJB Cinta Rasul Peringkat MBJB 1447H/2025M

26 September 2025 | Menara MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menganjurkan Program Pembudayaan Al-Quran & MBJB Cinta Rasul Peringkat MBJB Tahun 1447H/2025M sebagai salah satu inisiatif memperkukuh penghayatan Al-Quran dan mempererat kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan warga kerja MBJB. Program ini bukan sahaja menjadi wahana ilmu, malah menjadi landasan pembentukan sahsiah dan kerohanian yang seimbang selaras dengan visi MBJB ke arah pentadbiran bandar raya yang sejahtera dan berkat.
 
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, bersama-sama YBhg. Dato’ Haji A. Aziz bin Ahmad, Ketua WHIP MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, barisan Ahli-Ahli Majlis, serta seluruh warga kerja MBJB.
 
Pengisian program turut diperkaya dengan ceramah oleh Al Fadhil Ustaz Haji Taufik bin Haji Khamis, Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad, yang menyampaikan tausiah penuh penghayatan. Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan qasidah daripada Kumpulan Firqah Al Massarah yang menambahkan seri kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan nilai Islam dalam pentadbiran, menyuburkan rasa kasih kepada Rasulullah SAW serta memberi keberkatan dalam setiap langkah usaha warga MBJB demi kesejahteraan bandar raya Johor Bahru. 
 
Image
MBJB Cinta Rasul
Image
MBJB Cinta Rasul
Image
MBJB Cinta Rasul
Image
MBJB Cinta Rasul