Skip to main content

Johor Terus Menerajui Agenda Bandar Pintar Melalui Smart City Forum 2025

24 September 2025 | Persada Johor International Convention Centre.
 
Johor Smart City Forum 2025 telah menutup tirainya dengan penuh kejayaan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
 
Forum yang dianjurkan oleh PLANMalaysia @Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor ini telah menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh agenda bandar pintar melalui pendekatan teknologi, inovasi, dan penyelesaian mampan.
 
Sepanjang tiga hari penganjuran, para peserta berpeluang mengikuti sesi bual bicara, forum interaktif, bengkel, serta perkongsian ilmu daripada pakar industri yang menjadi wadah penting dalam merangka hala tuju bandar pintar Johor.
 
Dengan kejayaan penganjuran ini, diharapkan Johor terus melangkah maju sebagai peneraju negeri pintar di Malaysia, seterusnya memberi impak positif kepada pembangunan, kesejahteraan, dan kualiti hidup seluruh masyarakat.
 
Image
Johor Smart City Forum
Image
Johor Smart City Forum
Image
Johor Smart City Forum
Image
Johor Smart City Forum