Skip to main content

Lawatan Eksplorasi Ilmu dan Pemerkasaan Kompetensi Majlis Bandaraya Shah Alam Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

22 September 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
 
Terdapat 30 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diketuai oleh YM Tengku Ahmad bin Tengku Kasim, Ahli Majlis MBSA, telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi Eksplorasi Ilmu dan Pemerkasaan Kompetensi Berkaitan Strategi Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
 
Delegasi dari MBSA telah disambut oleh Yang Berusaha Tuan Sr. Haji Azmi bin Miswan selaku Pengarah Penilaian MBJB bersama dengan beberapa orang pegawai dari jabatan yang sama. Tujuan lawatan adalah untuk mendalami pendekatan dan inisiatif MBJB dalam meningkatkan kutipan tunggak di samping memperkasa kecekapan petugas MBSA dalam merancang strategi kutipan yang berkesan dan mesra pelanggan.
 
Terima kasih diucapkan kepada delegasi Majlis Bandaraya Shah Alam kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini dan berkunjung ke MBJB. Semoga kerjasama dan ikatan silaturrahim dapat dipupuk dan dieratkan lagi antara dua buah pihak berkuasa tempatan ini.