Skip to main content

Seminar Amalan Terbaik Pengurusan Strata Negeri Johor 2025

10 SEPTEMBER 2025 | Menara MBJB
 
Seminar ini telah dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM dan Institut Harta Tanah Malaysia (MyREI) serta kerjasama bersama MBJB dan HRDF serta telah yang disempurnakan oleh YB Dato Haji Mohd Haffiz Bin Hj Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, di Dewan Kenanga Menara MBJB.
 
Seminar ini telah dilaksanakan dengan memberi perkongsian amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan bangunan dan harta bersama kepada pihak-pihak terlibat dalam skim strata dengan mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk pengurusan kecacatan dan kerosakan bangunan dan harta bersama dalam skim strata. Seterusnya membantu mengurangkan beban kos penyelenggaraan dan pembaikan yang terpaksa ditanggung oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan skim strata serta menerangkan prosedur Undang-Undang Kecil Akta Pengurusan Strata 2013.