Skip to main content

Lawatan Sambil Belajar Dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kookmin University, Korea Selatan Ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

6 Ogos 2025 | Menara MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menerima lawatan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kookmin University, Korea Selatan.  Delegasi seramai 41 orang yang terdiri daripada 25 orang pelajar Korea Selatan dan 8 orang pelajar UTM termasuk 8 orang staf pengiring yang di ketuai oleh Dr. Mohd Faizal Hasan, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal merangkap Ketua Projek Summer School, FKM, UTM.
 
Tujuan lawatan adalah bagi mempelajari mengenai green building di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru. Delegasi lawatan telah diberikan penerangan mengenai penarafan Bangunan Hijau oleh Pn. Masliza binti Samuri, Ketua Penolong Pengarah Bangunan, Majlis Bandaraya Johor Bahru.
 
Sesi taklimat diakhiri dengan lawatan sekitar bangunan Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi memberi pengalaman fizikal sebenar bangunan Menara ini.
 
Terima kasih diucapkan kepada delegasi UTM dan para pelajar dari Kookmin University, South Korea. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
 
Image
Lawatan
Image
Lawatan

 

Image
Lawatan
Image
Lawatan