Skip to main content

Lawatan Teknikal Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dengan Kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

15 Julai 2025 | Menara MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menerima lawatan teknikal seramai 30 orang pegawai perubatan dari Sektor Pengurusan Bencana dan Kecemasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diketuai oleh Dr. Hafiz Syarbaini bin Mansor iaitu Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur telah membuat lawatan teknikal ke JBIOCC bagi mendapat pengetahuan berkenaan fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di JBIOCC untuk dijadikan penandaaras di KKM.
Delegasi lawatan telah diberikan taklimat berkenaan fungsi kamera Artificial intelligence (AI) di JBIOCC serta wawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam mencapai penarafan bandar pintar tahap 3 dan 4 oleh Encik Ir. Ts. Gs. Dr. Choo Kok Wah iaitu Penolong Pengarah Pengangkutan Bandar merangkap Komander di JBIOCC.
 
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Delegasi KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor kerana telah memilih MBJB ini sebagai destinasi dalam perkongsian ilmu dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat kedua-dua belah pihak.
Image
Lawatan JBIOCC
Image
Lawatan JBIOCC
Image
Lawatan JBIOCC
Image
Lawatan JBIOCC