Skip to main content

Sesi Perkongsian dan Lawatan Bermaklumat Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

19 Jun 2025 | Menara MBJB
 
Seramai 25 orang delegasi dari Kerajaan Negeri Terengganu dan PLANMalaysia Terengganu yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu hadir ke Menara MBJB bagi perkongsian maklumat berkenaan Johor Fast Lane dan Fungsi JBIOCC di Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Delegasi ini mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar dan telah disambut oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru seterusnya mendengar 3 siri taklimat iaitu taklimat Johor Fast Lane yang disampaikan oleh Puan Hajah Zahrah binti Mokhtar, Ketua Unit Hentian Setempat (OSC), Taklimat berkenaan Smart Cities telah disampaikan oleh Puan Norbaizura binti Md Zin, Ketua Penolong Pengarah Perancangan Pembangunan dan yang terakhir taklimat berkenaan JBIOCC yang disampaikan oleh En. Ts. Ir. Choo Kok Wah, Penolong Pengarah Pengangkutan Bandar MBJB.
 
Sesi lawatan ini diserikan dengan kehadiran YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Yang Berbahagia TPr. Dr. Abu Bakar bin Mat, Pengarah PLANMalaysia Terengganu, Yang Berbahagia Datuk Yahya bin Jaafar, Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda MBJB, Yang Berbahagia Datuk Haji Abd Rashid bin Kasman, Ahli Majlis Zon Kempas MBJB serta barisan Yang Dipertua PBT Negeri Terengganu, barisan pegawai dari Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu dan Ketua-ketua jabatan MBJB.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah memilih MBJB ini sebagai destinasi dalam perkongsian ilmu dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat kedua-dua belah pihak.
Image
Lawatan
Image
Lawatan