31 Mei 2025 | Dewan Muafakat Johor, Taman Adda
Program Transformasi TVETMBJB@Tebrau anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melalui Jawatankuasa LA21 Pembangunan Sosial dan Inklusiviti telah berlangsung dengan jayanya pagi ini. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif MBJB ke arah menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG), khususnya dalam aspek pendidikan berkualiti, pekerjaan yang baik, dan pertumbuhan ekonomi inklusif.
Program ini menyasarkan:
- Pelajar sekolah menengah – bagi membantu mereka menentukan hala tuju kerjaya melalui pendedahan awal kepada bidang kemahiran
2. Orang perseorangan yang berminat meneroka peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Pelbagai agensi kemahiran dan institusi latihan turut serta, antaranya:
- ILP Pasir Gudang
- GiatMARA Tebrau
- Yayasan Pelajaran Johor
- Politeknik Ibrahim Sultan
- Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan
- JSkill Development Centre
Turut hadir memeriahkan program ini ialah YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru; YBhg. Dato’ Haji A. Aziz Bin Ahmad, Ketua Whip MBJB; Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, serta barisan Ahli-ahli Majlis MBJB yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong pembangunan modal insan berasaskan kemahiran di peringkat bandar raya.
TVET kini menjadi tunjang penting dalam pembangunan negara dan penyediaan tenaga kerja mahir yang berdaya saing. Dengan wujudnya Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran dijangka meningkat, sekali gus membuka peluang kepada golongan belia untuk menerima upah setimpal dengan kemahiran dan pengalaman.
Program seperti ini diyakini mampu membuka ruang dan harapan baharu kepada peserta untuk melakar masa depan yang lebih cerah, serta menyumbang kepada kemajuan bandar raya dan negara secara keseluruhan.
Image
