Skip to main content

Lawatan Penanda Aras Majlis Bandaraya Shah Alam Ke Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Johor Bahru

Jumaat , 30 Mei 2025 | Menara MBJB
Image
Sesi Lawatan
Seramai 40 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Mohd Rizal bin Johari, Pemangku Pengarah Pelesenan MBSA telah hadir ke Menara MBJB bagi pertukaran ilmu dan berkongsi maklumat berkaitan pelesenan dan fungsi penjaja di MBJB
Delegasi MBSA telah disambut oleh Puan Nur Afiqah binti Mohd Rashid, Penolong Pengarah Pelesenan MBJB di Lobi Menara MBJB. taklimat berkaitan Pelesenan pula telah disampaikan oleh Puan Nur Afiqah manakala dalam sesi soal jawab pula telah diberikan penerangan oleh En Mohd Rusydi bin Md Dean, Ketua Penolong Pengarah Pelesenan MBJB.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Delegasi Majlis Bandaraya Shah Alam kerana telah memilih MBJB ini sebagai destinasi dalam perkongsian ilmu dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat kedua-dua belah pihak.