Skip to main content

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pelaksanaan Inisiatif Bandar Pintar MBJB

30 MEI 2025 | Menara MBJB
Image
MOU

 

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah melakar satu lagi sejarah penting menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor.
Majlis yang berlangsung di Menara MBJB ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh kolaborasi rentas agensi ke arah merealisasikan Inisiatif Bandar Pintar MBJB, khususnya melalui pelaksanaan Aplikasi JBIOCC Operation — sebuah platform pengurusan insiden pintar yang dibangunkan oleh MBJB. Aplikasi ini bertujuan menyelaras tindakan segera dan efisien antara agensi terlibat dalam menghadapi insiden kecemasan di lapangan.
Sebagai simbolik pelaksanaan, sebanyak 3 UNIT PERANTI MUDAH ALIH TELAH DISERAHKAN kepada agensi terlibat sebagai sokongan terhadap pelaksanaan sistem pintar ini.
Majlis disempurnakan oleh YB DATO’ HAJI MOHD HAFFIZ BIN HAJI AHMAD, DATUK BANDAR JOHOR BAHRU, dan turut dihadiri oleh:
DR. FAIZ BIN MAAROF, KETUA PENOLONG PENGARAH, BAHAGIAN PENGURUSAN HOSPITAL, JKNJ
SUPT. ELANGGOWAN A/L KOBARAJAH, TIMBALAN KETUA PENCEGAHAN JENAYAH & KESELAMATAN KOMUNITI (KEPOLISAN AM/KOMUNITI), IPK JOHOR
PGKB I ZAIPULBAHRI BIN MAT RUSOK@HASSAN, KETUA ZON 1, JBPM NEGERI JOHOR
Kerjasama pintar ini membuktikan komitmen MBJB untuk terus mendepani cabaran urbanisasi dengan solusi berasaskan teknologi, demi kesejahteraan dan keselamatan warga bandar raya Johor Bahru.
 

 

 

 

Image
MOU
Image
MOU