Majlis Perasmian Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) Dewan Bola Keranjang, Taman Bandaraya, Melaka

Khamis, 22 Februari 2024 | Dewan Bola Keranjang, Taman Bandaraya, Melaka

Kontinjen MBJB menyertai Majlis Perasmian Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) yang telah diadakan di Dewan Bola Keranjang, Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana . Hadir sama timbalannya , YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merangkap Presiden MALA, Datuk-Datuk Bandar dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia.

Sebanyak 57 kontinjen sukan daripada PBT Malaysia turut serta dalam karnival Sukan MALA ini di mana 4 acara dipertandingkan iaitu hoki 7 sebelah, dart, sepak takraw dan futsal yang dianjurkan oleh keempat-empat PBT Negeri Melaka.

Sukan MALA

Sukan MALA