Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor - Penyampaian Sumbangan Beras Kurniaan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ)

MENJUNJUNG KASIH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR - PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERAS KURNIAAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR (YSIJ)

24 OKTOBER 2023 – YB. Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama barisan Ahli Majlis MBJB telah menyempurnakan penyampaian sumbangan paket beras percuma kurniaan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada beberapa penerima di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Mereka adalah diantara penerima kurniaan lanjutan dari Majlis Pengurniaan Sumbangan Beras sebanyak 10,000 paket beras kepada rakyat negeri Johor oleh DYMM Sultan Johor menerusi YSIJ yang berlangsung di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 16 Oktober 2023.

Menjunjung Kasih di atas kemurahan hati dan keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku bagi meringankan bebanan golongan yang memerlukan.

Allah Peliharakan Sultan.
Allah Berkati Johor.

Sumbangan

Sumbangan