Program Publisiti Awal dan Sesi Focus Group Discussion (FGD) Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Johor Bahru, 2035 (Penggantian)

PROGRAM PUBLISITI AWAL & SESI FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU, 2035 (PENGGANTIAN)

23 Oktober 2023 (ISNIN), Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) dalam penyediaan RTMBJB 2035 (PENGGANTIAN) bagi menggantikan Rancangan Tempatan sedia ada yang akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2025.

MBJB sedang menyediakan Draf Terma Rujukan bagi RTMBJB 2035 (PENGGANTIAN) selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal pihak yang berkepentingan.

Satu program publisiti awal dan sesi focus group discussion (FGD) telah diadakan untuk membuat hebahan kepada pihak berkepentingan berkaitan cadangan penyediaan RT dan mendapatkan maklumbalas awal berhubung isu semasa dan cadangan awal bagi memantapkan asas rujukan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor) dan telah dihadiri seramai 120 orang yang terdiri daripada jabatan/agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah, Ahli Majlis, Wakil Penduduk/masyarakat serta wakil-wakil persatuan.

Publisiti

Publisiti