Kunjungan Delegasi daripada Majlis Daerah Beaufort (MDB)

Ahad, 17 September 2023 | Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini menerima kunjungan delegasi Majlis Daerah Beaufort (MDB) yang diketuai oleh Encik Mohd. Ainol bin Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort di Panggung Cempaka, Menara MBJB hari ini.

Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian berkenaan inovasi menerusi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MBJB untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada melalui inovasi di MDB.

Turut sama hadir ialah, Tuan Haji Abdul Aziz bin Ithnin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBJB serta ketua-ketua jabatan MPS dan wakil jabatan MBJB.

Lawatan

lawatan