Pertandingan Kawad Kaki Piala Datuk Bandar Johor Bahru

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PIALA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Piala Datuk Bandar Peringkat Negeri Johor serta Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah dan PBB Sekolah Rendah Negeri Johor pada 10 hingga 13 Ogos 2023 bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru.

Terdapat pelbagai aktiviti lain yang turut diadakan bersempena Karnival Bitara Bahasa Negara sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2023.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival yang akan diadakan ini. Jumpa di sana!

Pertandingan Kawad Kaki

Pertandingan Kawad Kaki